Sebahagian ahli yang menghadiri mesyuarat agong
Persatuan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan mesyuarat agong tahunan kali ke 5, di Komplek Masyarakat Penyayang Pulau Pinang pada 12 March 2011.
Seramai 65 orang ahli yang hadir telah menunaikan tanggong jawab masing masing bagi memilih ahli jawatankuasa bagi penggal 2011/2012.
Majlis tersebut turut di sertai oleh Yang Dipertua PKIPM Kebangsaan Tun Bahardin Mohd Sohor bersama Exco Pusat Encik Abdullah Haji Mahfoz.
Dalam ucapan perasmiannya Tun Bahardin memuji PKIPM Cawangan Pulau Pinang kerana telah berjaya menganjurkan berbagai aktiviti sepanjang tahun 2010.
Ini membuktikan bahawa kometmen AJK PKIPM Pulau Pinang begitu bersungguh sungguh dalam melaksanakan segala aktiviti yang diamanahkan.
Pada mesyuarat itu juga Tun turut mencadangkan agar PKIPM Pulau Pinang menjadi tuan rumah pada mesyuarat agong tahunan peringkat kebagsaan yang akan diadakan pada bulai Mei 2011.
"Dengan inisiatif dari PKIPM Pulau Pinang saya ingin mencadangkan kepada Exco Pusat agar mesyuarat agong tahunan peringkat kebangsaan diadakan di Pulau Pinang" tegasnya mengakhiri ucapan.
Sementata itu Pengerusi PKIPM Cawangan Pulau Pinang, Datin Hajjah Marina Puteh dalam ucapan penangguhannya pula berkata, Pulau Pinang bersedia menjadi tuan rumah pada mesyuarat agong tahunan peringkat kebangsaan.
Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PKIPM Kebangsaan, turut menyatakan kesediaan Pulau Pinang untuk menjadi tuan rumah pada mesyuarat agong tahunan peringkat kebangsaan.
Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PKIPM Kebangsaan, turut menyatakan kesediaan Pulau Pinang untuk menjadi tuan rumah pada mesyuarat agong tahunan peringkat kebangsaan.
"Bila kita jadi tuan rumah nanti, saya harap semua AJK akan berkerja bersungguh sungguh bagi menjadikan mesyuarat agung tahunan nanti yang terbaik pernah diadakan" tegas beliau.
Majlis ditamatkan dengan jamuan makan tengahari yang turut disertai seluruh ahli yang hadir termasuk Yang Dipertua PKIPM Pusat Tun Bahardin Mohd Sohor bersama AJK yang baru dilantik.
No comments:
Post a Comment